Belajar Dengan Betul


Belajar merupakan satu perkara wajib yang pada umumnya dilakukan di sekolah mahupun institusi pengajian ketika proses pelajaran berlangsung oleh para pelajar dan dibimbing oleh pengajar. Proses belajar hendaklah dilakukan dalam keadaan yang tidak kelam-kabut kerana pembelajaran yang dilakukan secara terburu-buru memiliki impak yang tidak baik.

Berikut adalah tips dan panduan yang dapat membantu dalam mempersiapkan diri menghadapi ujian :

1. BELAJAR SECARA BERKUMPULAN
Belajar berkumpulan dapat menjadikan kegiatan belajar menjadi lebih mudah kerana pelajar ditemani rakan-rakan yang mungkin lebih memahami sesuatu perkara. Malah, pelajar juga dapat menjadikan ia sebagai satu proses latih tubi dengan membantu rakan yang tidak memahami topik terbabit.
2. RAJIN MEMBUAT CATATAN INTIPATI PELAJARAN
Bahagian-bahagian penting dari pelajaran sebaiknya dibuat catatan di atas kertas atau buku kecil yang dapat dibawa kemana-mana sehingga dapat dibaca di mana pun kita berada. Ini merupakan salah satu cara untuk pelajar mengingati perkara-perkara penting.
3. MEMBUAT JADUAL WAKTU YANG BAIK
Ada baiknya pelajar membuat jadual belajar dalam menguruskan waktu agar pelajar tidak bosan dengan apa yang dikerjakan. Sebaiknya, tempoh belajar adalah dari 20 minit ke 40 minit dengan pertukaran mata pelajaran yang berlainan. Boleh juga diselang-selikan dengan kerja atau waktu santai. Apa yang penting, pelajar perlu elakkan rasa bosan dalam proses pembelajaran.
4. DISIPLIN DALAM BELAJAR
Apabila pelajar telah membuat jadual belajar maka ianya harus dijalankan dengan baik. Contohnya seperti belajar menepati waktu dan lakukan serius tidak sambil main-main. Jika waktu makan, mandi, ibadah, dan sebagainya telah tiba maka jangan ditunda-tunda lagi. Lanjutkan belajar setelah melakukan kegiatan tersebut jika waktu belajar belum tamat. Bermain dengan rakan-rakan atau game dapat merosakkan mood belajar. Sebaiknya kegiatan bermain juga dijadualkan dengan waktu yang cukup panjang namun tidak melelahkan jika dilakukan sebelum waktu belajar. Jika bermain video game sebaiknya pilih game yang lebih mendidik dan tidak melalaikan atau mempunyai tahap(level) yang boleh mengakibatkan keseronokan melampau.
5. MENJADI AKTIF BERTANYA DAN DITANYA
Jika terdapat perkara yang belum jelas, maka tanyakan kepada guru, teman atau orang tua. Jika pelajar bertanya biasanya pelajar akan ingat jawapannya. Jika bertanya, bertanyalah secukupnya dan jangan bersifat menguji orang yang ditanya. Tawarkanlah pada rakan untuk bertanya kepada pelajar hal-hal yang belum mereka fahami. Semakin banyak ditanya maka pelajar dapat semakin ingat dengan jawapan dan apabila pelajar juga tidak tahu jawapan yang benar, maka pelajar dapat membahasnya bersama-sama dengan rakan-rakan. Pengajar garang dan cengil? Itu adalah satu proses dalam mendidik pelajar menjadi lebih berdaya saing. Untuk ilmu, pelajar seharusnya tabah dan jadikan ia satu dorongan kerana pengajar yang garang mahukan yang terbaik untuk pelajarnya.
6. BELAJAR DENGAN SERIUS DAN TEKUN
Ketika belajar di kelas dengarkan dan catat apa yang guru sampaikan. Cuba catitkan perkara yang penting kerana kadang kala hal tersebut tidak ada di dalam buku yang mungkin keluar dalam ujian. Ketika ada waktu terluang baca kembali catitan yang telah dibuat tadi dan hafalkan sambil cuba fahami maksudnya. Jika pelajar sudah merasa bersedia dengan suatu pelajaran maka ujilah diri sendiri dengan soalan latih tubi. Setelah itu periksa jawapan dengan kunci jawapan. Pelajari sebab-musabab mengenai soalan yang didapati salah. Ingat, latih tubi akan membiasakan diri para pelajar dengan pelbagai bentuk soalan.
7. HINDARI BELAJAR HINGGA LARUT MALAM
Jika waktu ujian sudah dekat biasanya pelajar akan panik kerana belum cukup bersedia. Jalan pintas yang sering dilakukan oleh pelajar yang belum bersedia adalah dengan belajar hingga larut malam. Sebaiknya ketika menjelang ujian, pelajar perlu tidur awal kerana jika tidak tidur semalaman akan mengakibatkan pelajar terlewat bangun dan semestinya akan membawa kesan buruk kepada kesihatan.
8. JUJUR DALAM MENGERJAKAN SOALAN DAN UJIAN
Hindari meniru ketika sedang mengerjakan soalan atau ujian. Meniru merupakan satu kesalahan serius kerana pemahaman yang kurang dalam sesuatu perkara boleh mengakibatkan kecederaan serius pada orang lain. Misalnya seorang pengimpal yang lalai boleh mengakibatkan kimpalan yang tidak kukuh yang mana pada bila-bila masa akan membahayakan pengguna.

Semoga tips cara belajar ini dapat memberikan manfaat untuk pelajar semua.



No comments: