Yang aku tunjuk ni basic number dalam jepun sebab die guna untuk pengiraan je...kalau nak kira benda lain, die guna lain pulak, kalau untuk bulan pun lain....tak pe la...tak payah pening-pening...tu nanti aku aja hari lain pulak...mula-mula kena la hafal nombor yang basic ni dulu....
Oh ye, untuk nombor 4 dan 7, selalu nya kita akan guna YON untuk 4 dan NANA untuk 7. Walaupun die ada lagi 1 sebutan iaitu shi dan sichi tapi jarang kita guna tu...lagi pun shi tu maksud die tak baik (maksud die mati). Tapi kita akan pakai shi dan sichi kat tempat lain...tu kena tunggu lesson lain plak.
Lagi 1, perasan tak untuk nombor ratus (hyaku). Kat nombor ratus memang kita pakai hyaku contoh nya 500 (go-hyaku) tapi kat nombor 300 kita akan pakai byaku, jadi bunyi nya san-byaku, sebabnya di katakan tergolong dalam RENDAKU.
Ok, untuk sebutan nombor yang besar pulak ye, kita sebut dari kumpulan yang besar dulu baru la yang kumpulan kecik. Contoh nya, 22,324 adalah di sebut ni-jū ni-sen san-byaku ni-jū yon.
Nombor basic ni pun boleh di gunakan untuk mata wang. contoh nya, RM 170.50 adalah ichi-hyaku nana-jū ringgitto go-jū sen.
Kalau rasa nak nombor lagi besar, aku bagi lagi 1 table yang nombor lagi besar. Cuba la ye....
cukup la tu dulu kita punya lesson kali ni...lepas ni kita tengok untuk nombor di gunakan dalam penjodoh bilangan pulak...Ja mata~~~
No comments:
Post a Comment